Pejuang Kebenaran Yang Salah


Pemimpin-pemimpin politik yang menguasai dunia, yang menentukan nasib manusia hampir berakhir

Mereka sudah lama berkuasa, beratus-ratus tahun lamanya

Tuhan biarkan mereka bermaharajalela menguasai dunia kerana menunggu pemimpin yang membawa kebenaran dari Tuhan

Ada juga orang memperjuangkan kebenaran caranya pula tidak benar

Di samping para-para pejuang kebenaran itu belum sanggup memperbaiki diri

maka Tuhan tidak beri kemenangan lagi

Sekarang ini pemimpin kebenaran itu bersama-sama pengikutnya telah membaiki diri

Perjuangan mereka tersendiri tidak mengikut sistem yang ada

Awal kurun pun sudah penghujung tanda kemenangan mereka tidak lama lagi

Di ketika kemenangan mereka pemimpin-pemimpin yang berpolitik akan berakhir

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi